'CEGAH HIV AIDS SEBELUM TERLAMBAT, HIV/AIDS TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN' | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » 'CEGAH HIV AIDS SEBELUM TERLAMBAT, HIV/AIDS TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN'

'CEGAH HIV AIDS SEBELUM TERLAMBAT, HIV/AIDS TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN'

HARI AIDS SEDUNIA 1 DISEMBER 2023

 

'CEGAH HIV AIDS SEBELUM TERLAMBAT, HIV/AIDS TIDAK DAPAT DISEMBUHKAN'

 

HIV singkatan daripada Human Immunodeficiency Virus iaitu sejenis virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh manusia. AIDS disingkatkan dari Accquired Immuno Defficiency Syndrome iaitu kumpulan gejala penyakit (sindrom) yang didapati akibat kurangnya daya tahan melawan penyakit. AIDS merupakan peringkat terakhir bagi jangkitan HIV.

Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-15 tahun

Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:

  1. Ruam
  2. Jangkitan sistem pernafasan
  3. Jangkitan paru-paru yang teruk dan batuk kering
  4. Cirit-birit yang kronik
  5. Jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis)
  6. Jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan)
  7. Kanser (contohnya Kaposi’s sarcoma)

Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh maut disebabkan jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.

Oleh itu, semua pesakit HIV disarankan untuk mengambil ubat anti-retroviral walaupun mereka tidak mempunyai tanda atau gejala. Mereka akan menerima kaunseling berkenaan ubat anti retroviral. Jika pesakit bersetuju untuk rawatan, beliau mesti mengikut jadual rawatan ubat yang di tetapkan dan hadir rawatan susulan di klinik atau hospital. Ini adalah untuk memastikan pesakit mencapai keadaan ‘viral load suppression’, di mana virus tidak aktif dan bacaan virus sangat rendah atau tidak dapat di kesan (undetectable level), 6 bulan selepas memulakan rawatan. Rawatan ubat adalah sepanjang hayat.

Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma kepada semua pesakit HIV:

Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan. Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:

  1. Pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection)
  2. Nasihat mengenai pemakanan berkhasiat
  3. Rawatan penyakit kelamin
  4. Kaunseling (perubatan dan psikologi)

Walaubagaimanapun, pencegahan di kalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV.

Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah:

  1. Jauhi diri daripada mengadakan hubungan seks bebas
  2. Setia kepada pasangan anda
  3. Amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom
  4. Gunakan jarum baru atau alat suntikan pakai buang
  5. Jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, pembedahan caeserian section yang dirancang dan mengelakkan penyusuan susu ibu
  6. Individu berisiko tinggi hendaklah menjalankan ujian HIV
  7. Pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu.
  8. Sentiasa mengamalkan cara hidup sihat berlandaskan agama dan nilai-nilai murni.
  9. Anggota-anggota kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan kawalan jangkitan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam.

#RememberAndCommit

#TributeToAllThatWeHaveLostToHIV/AIDS

 

Bahagian Kesihatan Awam,
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 29/11/2023 | Kemaskini: 29/11/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcMAl~