MQUIT PKU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» AKTIVITI KAMI » MQUIT PKU

MQUIT PKU

PROGRAM MQUIT 
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM

 

Program MQUIT diwujudkan bagi membantu warga kampus yang komited untuk berhenti merokok.

Khidmat yang ditawarkan adalah kaunseling, pendidikan dan promosi kesihatan yang berkaitan. Kami juga akan membantu dalam perjalanan anda untuk kesihatan yang lebih baik selama 6 bulan di dalam program ini.

OBJEKTIF PROGRAM MQUIT
1. Memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada warga kampus tentang bahaya merokok, kesan akibat merokok dan kebaikan berhenti merokok.
2. Membolehkan warga kampus mengikuti dan mendapatkan teknik-teknik berhenti merokok berpandukan garis panduan yang disediakan. 
(CPG for Tobacco Use Disorder 2016)
3. Membolehkan warga kampus menghentikan tabiat merokok secara teratur dan strategik.
4. Membolehkan warga kampus yang berhenti merokok untuk kekal tidak merokok.

Kemaskini:: 30/01/2023 [nur_hazalina]

PERKONGSIAN MEDIA

SXDdDAS~