FIT BY BEAT | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» OUR ACTIVITY » FIT BY BEAT

FIT BY BEAT

Program Fit By Beat (FBB) telah ditubuhkan pada tahun 2015 di bawah penyeliaan Bahagian Kesihatan Awam (dahulunya dikenali sebagai Perkhidmatan Kesihatan Awam). Program ini dikendalikan oleh seramai 18 orang instruktur terlatih dalam kalangan staf Pusat Kesihatan Universiti.

Pada peringkat awal, aktiviti FBB diadakan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Bermula tahun 2023, jadual pelaksanaan telah disusun semula kepada hari Rabu dan Jumaat setiap minggu.

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan warga kampus yang cergas dan sihat, di samping menggalakkan amalan gaya hidup aktif secara berterusan dalam kalangan staf dan pelajar. Aktiviti senaman yang dijalankan diiringi muzik serta pergerakan yang menarik, menjadikan program ini lebih menyeronokkan dan mudah disertai oleh semua peringkat warga kampus.

Program ini pernah dihentikan sementara bermula Mac 2020 berikutan pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, warga kampus terus digalakkan untuk kekal aktif, melakukan senaman secara berkala serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Updated:: 17/04/2026 [nursyamimi]

MEDIA SHARING

X, (08:49:18am-08:54:18am, 23 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]