BENGEL KEKAL SIHAT, HIDUP CERIA ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI | UNIVERSITY HEALTH CENTRE
» NEWS » BENGEL KEKAL SIHAT, HIDUP CERIA ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

BENGEL KEKAL SIHAT, HIDUP CERIA ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

BENGEL KEKAL SIHAT, HIDUP CERIA ANJURAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Serdang,26 Mac- Pusat Kesihatan Universiti UPM telah mengadakan bengkel Kekal Sihat, Hidup Ceria kepada pelanggan PKU yang terpilih merangkumi staf, tanggungan dan pesara pada  oktober yang lalu di Bilik Seminar, PKU UPM.

Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan dan penjagaan kesihatan kepada pelanggan yang mempunyai non-communicable disease (NCD). Antara Petunjuk Prestasi Utama Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah memastikan kesejahteraan di kalangan warga UPM. Oleh yang demikian, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah diberi tanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan warga UPM terutama para staf yang mempunyai non- communicable disease (NCD) supaya sentiasa mengekalkan kesihatan ke tahap yang optimum.

Sehubungan itu, PKU mengambil inisiatif mengadakan program kepada warga UPM secara umumnya dengan mengadakan bengkel kepada pelanggan yang mempunyai Hipertensi dan Diabetes Mellitus untuk memberikan pendedahan dan ilmu yang terkini supaya dapat diamalkan dalam kehidupan seharian dan meningkatkan kualiti kerja yang lebih baik.

 

Tonton video program disini

 

Date of Input: 26/03/2024 | Updated: 26/03/2024 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEbRA4~