Pengenalan & Sejarah Penubuhan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» MENGENAI KAMI » MAKLUMAT KORPORAT » Pengenalan & Sejarah Penubuhan

Pengenalan & Sejarah Penubuhan

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

 

 

Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia menyediakan perkhidmatan perubatan bermula pada tahun 1974 kepada pelajar. Perkhidmatan Pergigian telah mula diperkenalkan 8 tahun kemudian. Bermula pada 1hb. April 1994 perkhidmatan Perubatan dan Pergigian telah diperluaskan kepada staf dan tanggungan staf Universiti Putra Malaysia. Atas komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Pengurusan Universiti terhadap tahap kesihatan warga UPM, pada tahun 2003 Pusat Kesihatan Universiti dipertanggungjawabkan untuk memberi rawatan kepada pesara UPM dan tanggungannya. Menyedari peranan dan kepentingan tanggung jawab sosial dengan komuniti persekitaran, Pusat Kesihatan Universiti memberi perkhidmatan kepada orang awam dengan kadar caj yang berpatutan. 

Kini, Pusat Kesihatan Universiti UPM telah menjadi antara pusat kesihatan universiti terkemuka di Malaysia, dengan perkhidmatan perubatan dan pergigian primer yang merangkumi pelbagai bidang,termasuk Perkhimatan Kesihatan Umum, Perkhidmatan Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan (OSH), Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Rehabilitasi, serta kemudahan makmal diagnostik dan pengimejan yang dipertingkatkan, selaras dengan visi dan misinya untuk menjadi pusat kesihatan primer setaraf negara maju. Pusat Kesihatan Universiti UPM akan terus kekal relevan dan menjadi pilihan khidmat kesihatan bagi seluruh warga Universiti Putra Malaysia.  

 

 

 

Kemaskini:: 09/10/2017 [syahid]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566148644