SEKSYEN KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT DAN PEMANTAUAN PREMIS MAKANAN
Seksyen ini bertanggungjawab dalam pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit yang berlaku di dalam kampus, contohnya demam denggi, penyakit tangan kaki dan mulut, influenza-like illness serta penyakit bawaan makanan dan air. Ia juga menjalankan pemantauan kebersihan ke atas premis makanan yang beroperasi di dalam kampus UPM.
Aktiviti pencegah dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan dibantu oleh seorang Pembantu Operasi dan ia meliputi :
1. Aktiviti pencarian dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes
2. Menyelia dan merancang aktiviti fogging sebelum aktiviti besar di dalam kampus
3. Pemantauan kebersihan pusat jagaan kanak - kanak di dalam kampus
4. Pemantauan kebersihan premis makanan di dalam kampus
Premis makanan yang diperiksa oleh seksyen ini adalah premis yang berdaftar dengan PKU melalui link :
https://forms.gle/2SAEWHV5uA5YNkFS9
Objektif pemeriksaan premis makanan oleh PKU ialah :
1. Memastikan tahap kebersihan premis makanan berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin berpandukan garis panduan serta kriteria yang ditetapkan.
2. Menyalurkan pendidikan kesihatan kepada pengusaha premis dan pengendali makanan.
Kesemua aktiviti yang dijalankan oleh seksyen ini bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit berjangkit serta mengelakkan penyakit bawaan makanan di kalangan warga UPM.
Updated:: 24/05/2023 [izzatussofia]
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.