ENTITI KAMI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ENTITI KAMI » PERKHIDMATAN PERUBATAN

PERKHIDMATAN PERUBATAN

 



Perkhidmatan Pesakit Luar di Pusat Kesihatan Universiti merupakan antara teras utama perkhidmatan yang ditawarkan di pusat ini. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh 19 pegawai perubatan berdaftar yang memiliki pengalaman dan latihan perkhidmatan dalam pelbagai bidang perubatan primer seperti Kesihatan Awam, Kanak-Kanak, Kesihatan Pekerjaan, Penyakit Kronik, Kesihatan Orang Dewasa dan Warga Emas serta pelbagai lagi bidang berkaitan kesihatan.

Para pegawai perubatan juga diberi latihan pendidikan klinikal/perubatan berterusan atau 'Continuous Medical Education (CME)' secara konsisten bagi memperkasakan perkhidmatan kepada para pelanggan. Para pegawai perubatan juga digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pentadbiran awam dan khidmat masyarakat di peringkat universiti, kebangsaan dan juga di peringkat antarabangsa.

Di bawah seksyen ini terdapat dua unit yang menjalankan perkhidmatan ini, iaitu Unit Pesakit Luar dan Unit Pemeriksaan Kesihatan. 

 

Dr. Suhyna Mohamad Sulaiman,MD(UPM)

Ketua Perkhidmatan Pesakit Luar 

T - 603 8946 7338
F - 603 8946 8878
suhyna@upm.edu.my

 

Kemaskini:: 06/08/2018 [izzatussofia]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697333/7342
0397698878
B1566495979