SESI FOTOGRAFI DAN VIDEO PRA RAYA PKU, UPM
Serdang, 5 April 2024 – Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba dalam 2 hari lagi, suasana perayaan tersebut telah mula dirasai oleh segenap warga PKU.
Bagi mengabdikan kenangan bersama menjelang perayaan ini, Jawatankuasa Laman Web PKU UPM telah mengambil inisitif untuk menganjur sesi fotografi dan video raya staf bersama Ketua PKU UPM, YBrs. Dr. Arma Noor.
Bagi yang pulang ke kampung, hati-hati memandu dan jika letih, berhenti dahulu di R&R atau mana-mana lokasi yang selamat dan selesa.
Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami untuk semua pelanggan yang dikasihi.
Tarikh Input: 08/04/2024 | Kemaskini: 08/04/2024 | noorbaizura
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453