| PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

Pusat Kesihatan Universiti Universiti Putra Malaysia dengan sukacitanya menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk staf UPM dan tanggungan, termasuk khidmat rawatan perubatan, rawatan pergigian, diagnostik makmal dan pengimejan serta perkhidmatan pembedahan kecil dan rawatan sampingan. Pihak Pusat Kesihatan Universiti juga menyediakan perkhidmatan persediaan perubatan bagi majlis-majlis rasmi dan aktiviti-sktiviti sukan di dalam dan di luar UPM.

Sila rujuk di Bahagian Perubatan dan Perhubungan Pekerja, Pejabat Pendaftar UPM bagi mengetahui peraturan-peraturan am berkenaan kemudahan perubatan dan kelayakan anda atau untuk maklumat lanjut, klik link yang disediakan.  

 

Pusat Kesihatan Universiti dengan sukacitanya menawarkan pelbagai perkhidmatan kesihatan untuk pelajar UPM. Sila layari pautan disediakan untuk maklumat mengenai skim perubatan pelajar.

Perkhidmatan di Pusat Kesihatan Universiti

 

Pusat Kesihatan Universiti juga menawarkan semua perkhidmatan yang ada untuk orang awam. Setiap rawatan dan perkhidmatan yang diberikan akan dikenakan caj bayaran yang berpatutan. 

Segala pembayaran perlu dibuat secara tunai dan kami tidak menyediakan perkhidmatan kad kredit atau kad debit.

Untuk mengetahui waktu operasi kami, sila klik link yang disediakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian Khidmat Pelanggan kami di 03-97698867 atau 03-97697342.

BWDeHAP:07:16