PROGRAM BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BARU SERTA MEMOHON KESEJAHTERAAN PKU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BARU SERTA MEMOHON KESEJAHTERAAN PKU

PROGRAM BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT SEMPENA TAHUN BARU SERTA MEMOHON KESEJAHTERAAN PKU

Pusat Kesihatan Universiti - 4 Februari 2021 - Program Bacaan Yaasin & Doa Selamat ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Kebajikan & Kerohanian KSK, PKU bagi memohon kesejahteraan seluruh warga kerja PKU di dalam usaha mengharungi situasi Covid-19.

Majlis yang berlangsung selama satu jam dari 12.30 tengahari hingga 1.30 petang melalui medium Zoom Meeting. Menyasarkan kehadiran maya oleh ahli KSK, PKU program ini secara tidak langsung mendekatkan ahli di dalam keadaan norma baru dan seterusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan melangkah ke tahun 2021 selain berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T atas setiap ujianNya. Usai program, makan tengahari telah diagihkan kepada semua petugas pada hari tersebut untuk ahli dan bukan ahli. 

    

Program yang julung kali diadakan secara maya ini juga telah berjaya telah mendapat sambutan yang baik daripada ahli kelab. Semoga sedikit aktiviti/ program ini memberi impak dan manfaat kepada semua warga kerja dalam menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dalam menangani pandemik Covid-19.

Disediakan Oleh:
Biro Kebajikan & Kerohanian, KSK PKU
SN Nazimah Maulad
PPP Muhd Saifullah Mohd Zaini

Tarikh Input: 24/02/2021 | Kemaskini: 24/02/2021 | nur_hazalina

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXFBDAu~