KENAPA MASIH MENGGUNAKAN VAPE? | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » KENAPA MASIH MENGGUNAKAN VAPE?

KENAPA MASIH MENGGUNAKAN VAPE?

Vape mengandungi nikotin dan bahan kimia yang bahaya :

  • Nikotin

merupakan bahan yang menyebabkan ketagihan terhadap bahan-bahan kimia lain yang sama jenis. 

  • Perasa 

diperolehi melalui vape mengandungi karsinogen dan bahan kimia beracun seperti formaldehida dan asetaldehida, serta logam beracun dalam ukuran nanopartikel yang dihasilkan dari mekanisme penguapan. 

  • Propilen dan glikol 

atau gliserin berfungsi untuk menghasilkan wap air. Akibat menghirup bahan-bahan kimia ini adalah kerengsaan sistem pernafasan.

  • Kandungan lain 

seperti “tobacco-specific nitrosamine (TSNA)” adalah elemen karsinogen yang didapati dalam tembakau dan rokok tembakau. Bahan kimia ini juga didapati dalam cairan rokok elektronik. Kadar TSNA adalah tinggi jika kadar nikotin tinggi.

  • Jika e-rokok digunakan semasa kehamilan

kesihatan janin dalam kandungan akan terancam.

Fungsi otak dan paru bayi yang sedang berkembang boleh terjejas pada jangka panjang. Nikotin juga boleh menyebabkan berat badan lahir bayi rendah, kelahiran tidak cukup bulan (“premature”), bayi lahir mati (“stillbirth”), dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS).

  • Perkembangan otak

akan terjejas dalam kalangan kanak-kanak dan remaja oleh sebab nikotin. Remaja yang menggunakan e-rokok akan mengalami gangguan kognitif dan tingkah laku yang menjejaskan ingatan dan perhatian. Kesan nikotin pada otak manusia dapat diperhatikan dalam jangka masa panjang.

 

  • Penyerapan, penghirupan dan menelan cairan rokok elektronik melalui kulit atau mata boleh mengakibatkan keracunan. Dos nikotin tinggi juga menyebabkan keracunan. Cairan yang tertelan oleh kanak-kanak boleh mengakibatkan kematian.

 

  • Terdapat penyelidikan yang membuktikan bahawa bahan kimia dalam rokok elektronik akan menjejaskan keupayaan sel paru untuk menjaga paru-paru dari kuman dan zat merbahaya yang lain. 

 

                      

 

Penggunaan rokok elektronik sebagai rawatan berhenti merokok masih memerlukan kajian lanjut dan sehingga kini pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia belum mengeluarkan mana-mana kenyataan berkaitan perkara ini.

Oleh yang demikian, mereka yang ingin berhenti merokok adalah diminta untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri atau mana-mana institusi terdekat yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

Stop smoking! Stop vaping!

Artikel petik dari : www.doctoroncall.com.my

Disediakan oleh : Muhammad Afiq

Tarikh Input: 25/09/2019 | Kemaskini: 01/11/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaQAD~