Hari Diabetes Sedunia 2023 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Hari Diabetes Sedunia 2023

Hari Diabetes Sedunia 2023

HARI DIABETES SEDUNIA 14/11/2023

Sambutan Hari Diabetis Sedunia diraikan pada setiap 14 November dan tema bagi tahun 2021 hingga tahun 2023 ialah "Akses kepada Penjagaan Diabetis".

Sambutan kali ini memberi tumpuan kepada keperluan untuk akses yang lebih baik kepada pendidikan diabetis yang berkualiti bagi pakar perubatan (healthcare professionals) dan individu yang menghidap penyakit diabetis: "Pendidikan untuk Melindungi Hari Esok (“Education to protect tomorrow”).

Apakah Diabetes Mellitus (DM)?
Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) adalah tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas.Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.Sekiranya anda mengalami diabetes melitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, ia kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos yang tinggi.

Jenis-jenis Diabetes Mellitus
Terdapat dua jenis diabetes melitus: Diabetes Melitus jenis 1 dan Diabetes Melitus jenis 2.Diabetes Melitus jenis 1 selalu terjadi dikalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

Apakah gejala penyakit Diabetes Melitus?
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes Melitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:

-Kerap kali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam).
-Rasa haus yang amat sangat.
-Berat badan menurun.
-Rasa letih lesu dan kurang tenaga.
Perhatian: (Kencing malam) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya dikenali sebagai “secondary enuresis”. Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, diabetes melitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

-Sakit perut dengan atau tiada muntah.
-Sakit kepala.
-Masalah tingkah laku.
-Mudah mendapat jangkitan terutama di kulit.
Sekiranya gejala ini tidak dikenal pasti awal, kemungkinan besar anak anda akan mengalami “diabetic ketoacidosis” (DKA).


Bolehkah Diabetes Melitus dicegah?

Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat Diabetes Mellitus jenis 1. Untuk Diabetes Mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup sihat.

Marilah kita bersama memainkan peranan dalam menjaga kesihatan untuk mencegah dan mengawal diabetis.

 

#AksesPendidikanUntukMelindungiHariEsok

Bahagian Kesihatan Awam,
Pusat Kesihatan Universiti,
Universiti Putra Malaysia

Tarikh Input: 08/11/2023 | Kemaskini: 08/11/2023 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEcDAn~