Apa Itu ‘Sick Building Syndrome’ | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ARTIKEL » Apa Itu ‘Sick Building Syndrome’

Apa Itu ‘Sick Building Syndrome’

Apa Itu ‘Sick Building Syndrome’

Pernahkah anda mengalami keadaan seperti pening kepala, pedih mata, lesu, sesak nafas, kulit menjadi gatal, apabila memasuki dan berada dalam sesebuah bangunan?

Sedangkan anda tidak mengalami apa-apa sakit pada masa itu. Yang peliknya, anda akan kembali sihat seperti biasa beberapa jam atau selepas beredar daripada bangunan tersebut. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2008) menjelaskan
Sick Building Syndrome (SBS) merupakan keadaan yang mana individu di dalam bangunan mengalami simptom dan rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas. Kajian menunjukkan Kualiti Alam Sekitar yang Tidak Sihat (Poor Indoor Environmental Quality) adalah penyumbang kepada Sick Building Syndrome. Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada Sick Building Syndrome iaitu:

  1. Bahan binaan bangunan.

    Bahan tersebut membenarkan mikroorganisma bercambah didalamnya. Bahan tersebut juga melepaskan wap kimia yang menjadi punca iritasi kepada penghuni.

  1. Sanitasi yang buruk.


     Gambar 1: Kulat di siling

  1. Ozon (dihasilkan daripada mesin fotostat), pelarut organik dan formaldehyde di udara.

               

      Gambar 2: Mesin fotostat menghasilkan ozon

 

  1. Perkakasan atau produk yang digunakan atau diletakkan berdekatan bangunan yang mengeluarkan wasap atau gas menyebabkan dermatitis sentuhan.
  1. Sistem penyaman udara yang tidak diselenggara sempurna, pengudaraan yang tidak baik (karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya terkumpul di dalam bangunan)

  2. Pencemaran dari luar atau dalam bangunan yang disebarkan oleh sistem penyaman udara.

  3. Kulapuk, bacteria, kulat, dust mites dalam bangunan.

      

     Gambar 3: Bakteria dibawa masuk ke dalam bangunan melalui
                      kasut

 

  9. Penyelenggaraan, pembersihan bangunan yang tidak teratur menyebabkan habuk fiber berkumpul.

     10. Pencahayaan dalam bangunan yang tidak mencukupi.


           Gambar 4: Pencahayaan yang kurang di kawasan kerja

     11. Hurungan vermin (tikus, lipas, serangga lain)

            
           Gambar 5: Tikus berlegaran di sekitar bangunan

    12. Faktor persekitaran (karbon monoksida daripada ekzos kereta yang diparkir berdekatan bangunan, suhu, kelembapan, bau, bunyi bising, elektro-magnetic field/vibration dalam bangunan, Volatile Organic Compound akan masuk dan berlegar melalui rekahan pada struktur yang tidak dibaiki).

           
 
           Gambar 6: Rekahan pada bangunan yang tidak dibaiki

    13. Asap rokok di persekitaran


           Gambar 7: Asap rokok yang dilepaskan di kawasan sekitar

 

Tanda dan gejala:

Tanda-tanda dan gejala Sick Building Syndrome dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

Kumpulan A :

  1. Sakit kepala
  2. Kelesuan
  3. Loya
  4. Pening

Kumpulan B :

  1. Sesak hidung
  2. Pembengkakan
  3. Gatal atau iritasi  (mata, hidung, tekak)
  4. Simptom sublklinikal (sakit kepala, lesu, nausea)

Kumpulan C:

  1. Batuk
  2. Nafas pendek
  3. Demam menggigil dan/atau lesu selepas memasuki bangunan tersebut
  4. Disahkan jangkitan

Rawatan dan pencegahan:

  1. Penyelenggaraan bangunan dan persekitaran dalaman.
  2. Pihak pemaju dan operator pengubahsuai bangunan hendaklah tidak menggunakan bahan yang mengandungi bahan bertoksik. Pemasangan peralatan dan kelengkapan pejabat hendaklah dipilih, disimpan, dikendalikan dan digunakan dalam keadaan di mana pelepasan emisi adalah minimum (penggunaan organic volatile yang minimum). 3. Jika proses pengubahsuaian sedang berjalan, kawasan yang tidak perlu pengubahsuaian perlu dilindungi persekitarannya dari kawasan pengubahsuaian.
  3. Pengawalan serangga dilakukan oleh pihak operator berlesen.
  4. Pembersihan berkala perlu diamalkan bagi mengawal habuk dan kekotoran dalaman.
  5. Syarikat pembersihan pejabat wajib memperolehi Lembaran Data Keselamatan Bahan Kimia (Chemical Safety   Data Sheet).
  6. Larangan merokok di dalam bangunan termasuk rumah.
  7. Pihak majikan wajib mengadakan latihan, penyeliaan, menyediakan maklumat faktor serta cara mengelakkan Sick  Building Syndrome.
  8. Penyelenggaraan sistem pengudaraan berkala oleh syarikat yang cekap.
  9. Mengawal pembiakan kulat dengan cara mengawal kebocoran air dalam bangunan,mempastikan tidak ada kawasan dalam bangunan yang basah atau lembap, kawalan kimia ke atas kulat.
  10. Memasang pembersih udara.

 

Rujukan:

1)Portal Rasmi My HEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia



Tarikh Input: 13/12/2018 | Kemaskini: 13/12/2018 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEaLAq~