Unit Pemeriksaan Kesihatan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR » Unit Pemeriksaan Kesihatan

Unit Pemeriksaan Kesihatan

Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan merupakan unit selia-urus bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, yang merangkumi pemeriksaan kesihatan elektif yang disediakan bagi kemudahan para pelajar semasa dan pelajar baru, staf UPM serta orang awam yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan.

Unit ini melaksana dan mengawas proses-proses yang terlibat sepanjang sesebuah pemeriksaan dijalankan. Kesemua borang akan disaring dan pemeriksaan-pemeriksaan yang diperlukan akan dijalankan. Para pegawai perubatan dan pegawai pergigian di Pusat Kesihatan Universiti UPM akan memastikan pemeriksaan kesihatan anda diberikan perhatian terbaik.

Pusat Kesihatan Universiti menerima SEMUA jenis pemeriksaan kesihatan daripada semua peringkat umur & agensi KECUALI pemeriksaan kesihatan seperti yang dinyatakan dibawah:-

  • Insurans
  • Permohonan/Pembaharuan lesen
  • Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Agensi Luar

Selain daripada itu, Pusat Kesihatan Universiti turut menawarkan pakej pemeriksaan kesihatan 40 tahun keatas kepada staf UPM, tanggungan dan orang awam.

Walau Bagaimanapun, pemeriksaan kesihatan ini memerlukan temujanji awal. Sebarang pertanyaan/temujanji boleh dilakukan melalui kaunter perkhidmatan atau menghubungi talian 03-89468867 (waktu pejabat)

* Segala pembayaran perlu dibuat secara tunai dan pihak PKU tidak menyediakan perkhidmatan kad kredit atau kad atm. 

Kemaskini:: 06/10/2018 [lailatul]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697333/7342
0397698878
B1566497940