Fungsi | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN KECEMASAN DAN RAWATAN » Fungsi

Fungsi

JIKA ANDA KINI SEDANG DALAM KECEMASAN DI DALAM KAWASAN UPM, HUBUNGI TALIAN KECEMASAN 24 JAM PKU di 03-89467332

 

 

Perkhidmatan Kecemasan di Pusat Kesihatan Universiti sentiasa bersedia 24 jam untuk menerima sebarang kes kecemasan di dalam kawasan UPM terutama kepada pelajar yang menginap di Kolej Kediaman dan staf yang berada di kawasan kampus. Perkhidmatan ini akan mengutamakan kes-kes kecemasan mengikut simptom dan keadaan pesakit yang tertentu.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang berdaftar, Jururawat terlatih, Pembantu Perubatan Kesihatan dan Pemandu Ambulans.

Perkhidmatan Kecemasan ini terbahagi kepada 3 unit dalam membantu melancarkan perkhidmatan yang ditawarkan iaitu:-

  • Unit Kecemasan
  • Unit Rawatan dan Sucihama
  • Unit Standby

 

 

Kemaskini:: 02/10/2018 [nur_wahida]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697333/7342
0397698878
B1566496605