Unit Kecemasan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN KECEMASAN DAN RAWATAN » Unit Kecemasan

Unit Kecemasan

JIKA ANDA KINI SEDANG DALAM KECEMASAN DI DALAM KAWASAN UPM, HUBUNGI TALIAN KECEMASAN 24 JAM PKU di 03-9769 7332/ 7334

 

Unit Kecemasan adalah unit yang amat penting dalam organisasi Pusat Kesihatan Universiti. Staf yang mengendalikan unit ini sentiasa bersedia daripada segi fizikal dan mental jika berlaku sebarang kecemasan di dalam kawasan kampus UPM.

Unit Kecemasan, Pusat Kesihatan Universiti bertindak sebagai "first responder" kepada warga kampus UPM dalam memberi rawatan kecemasan yang berkaitan. Sekiranya pesakit memerlukan rawatan dan perhatian Pengamal Perubatan Pakar, Unit Kecemasan akan merujuk pesakit ke Hospital yang berdekatan.

Unit kecemasan memberi keutamaan kepada  kes kecemasan seperti:-

  • Kemalangan Jalan Raya
  • Kecederaan Sukan
  • Sesak Nafas
  • Sakit Dada
  • Keracunan Ubat/Makanan
  • Pengsan
  • Demam Panas
  • Sakit Perut
  • Sawan
  • Reaksi Alahan
  • Gigitan Haiwan Berbisa
  • Terbakar/Melecur
  • Tercekik

 

TINDAKAN PANTAS AKAN MENYELAMATKAN NYAWA!

 

Kemaskini:: 27/05/2019 [nur_hazalina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697333/7342
0397698878
B1566499150