Unit Radiologi (X-ray) | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN DIAGNOSTIK » Unit Radiologi (X-ray)

Unit Radiologi (X-ray)

Unit Radiologi akan melaksanakan ujian pengimejan seperti yang dipohon oleh pengamal Perubatan melalui sistem e-klinik terhadap pesakit yang dirawat. Unit ini akan memastikan pengambilan dan penyerahan pengimejan yang dilaksanakan di Pusat Kesihatan Universiti dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Di Pusat Kesihatan Universiti, Unit Radiologi menggunakan sistem CR (Computerized Radiology) yang bermaksud setiap pengimejan x-ray akan terus di simpan dan di hantar kepada Pengamal Perubatan dan akan diakses menggunakan sistem Osirix Online. Dengan menggunakan sistem ini, kualiti x-ray lebih terpelihara, kemudahcapaian maklumat akan menjadi cepat, lengkap dan sahih serta kerahsiaan data pesakit akan terjamin. Tiada pengeluaran filem x-ray dilakukan oleh itu pesakit hanya perlu menunggu untuk  konsultasi di bilik Pengamal Perubatan.

Di antara perkhidmatan pengimejan yang disediakan adalah:-

  • X-Ray Dada 
  • X-Ray Kepala/Tengkorak
  • X-Ray PNS
  • X-Ray Abdomen/Perut
  • X-Ray Ginjal-Salur Kencing-Pundi Kencing (KUB)
  • X-Ray Anggota Badan

Kemaskini:: 02/10/2018 [nur_wahida]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566117501