Unit Pesakit Luar | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR » Unit Pesakit Luar

Unit Pesakit Luar

Unit Pesakit luar ditugaskan untuk memastikan pelanggan menunggu dan mendaftar serta menerima rawatan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.  Perkhidmatan rawatan perubatan primer kami dikendalikan oleh pengamal perubatan yang berdaftar dengan dibantu oleh staf sokongan yang terlatih bagi memastikan rawatan perubatan dan keperluan pelanggan sentiasa di tahap optima.  Kami berbangga wujudnya sentuhan peribadi dalam mengurus para pelanggan serta perkhidmatan kesihatan yang komprehensif yang disediakan untuk komuniti kampus. Pasukan petugas kesihatan kami berjiwa belas kasihan, bermotivasi dan berpengetahuan serta berdedikasi bagi mencapai visi kecemerlangan ini.

Perkhidmatan yang ditawarkan di PKU termasuk:

  • Penilaian, diagnosis dan rawatan penyakit akut
  • Penilaian, diagnosis dan rawatan penyakit tidak berjangkit
  • Penilaian, diagnosis dan rawatan trauma dan kecederaan ringan
  • Saringan, diagnosis dan rawatan susulan penyakit-penyakit kronik

Kemaskini:: 01/10/2018 [lailatul]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566149917