Fungsi | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN PERUBATAN SUKAN » Fungsi

Fungsi

Perkhidmatan Perubatan Sukan dan Rehabilitasi merupakan di antara perkhidmatan teras yang disediakan di Pusat Kesihatan Universiti UPM. Perkhidmatan ini memberikan khidmat rawatan dan kesihatan berkaitan perubatan sukan dan rehabilitasi, termasuk fisioterapi dan rawatan dengan peralatan khusus seperti Sonotron dan terapi ultrabunyi. 

Sebuah fasiliti khusus telah diwujudkan di Blok B Pusat Kesihatan Universiti bagi perkhidmatan ini yang dilengkapi dengan peralatan rawatan dan terapi yang moden dan terkini, serta gimnasium mini bagi keperluan rehabilitasi.

Perkhidmatan ini disokong oleh seorang Jurupulih Perubatan Cara Kerja bersama tiga orang Jurupulih Perubatan Anggota.

Kemaskini:: 01/10/2018 [nur_wahida]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566149759