Fungsi | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN PERGIGIAN » Fungsi

Fungsi

Perkhidmatan Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti ditubuhkan untuk memberi rawatan pergigian kepada pelajar, staf, tanggungan dan orang awam. Perkhidmatan ini mengamalkan sistem "walk-in" dan temujanji awal (bagi kes tertentu). Perkhidmatan ini disokong oleh Pegamal Pergigian yang berdaftar dan berpengalaman, Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pembantu Tadbir.


Di antara rawatan pergigian yang ditawarkan adalah:-

  • Perkhidmatan Pengimejan Pergigian (bagi kes tertentu)
  • Pemeriksaan Gigi
  • Rawatan Pembersihan Karang Gigi
  • Rawatan Salur Akar
  • Rawatan cabutan Gigi
  • Rawatan Tampalan Gigi



SISTEM PENDAFTARAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UPM

Perkhidmatan Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti mengamalkan sistem "walk-in" dan temujanji bagi kes kes tertentu. Semasa proses pendaftaran, pelanggan dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan seperti kad matrik (pelajar UPM) kad staf (staf UPM) atau kad pengenalan/ My kad/ sijil kelahiran/ passport (pelanggan awam)

Sistem temujanji juga dilaksanakan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan untuk rawatan tertentu sahaja seperti rawatan pembedahan gigi bongsu, cabutan gigi, rawatan salur akar, tampalan gigi hadapan dan mengikut keperluan semasa. 

Pelanggan dikehendaki mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan untuk keselesaan dan manfaat bersama.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah sila hubungi Kaunter Perkhidmatan dan Pendaftaran kami di 03-89467336 untuk mendapatkan penerangan dan bantuan.

Kemaskini:: 06/10/2018 [lailatul]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566147594