Unit Dispensari | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PERKHIDMATAN FARMASI » Unit Dispensari

Unit Dispensari

Unit Dispensari merupakan satu unit yang penting di bawah Perhidmatan Farmasi. Unit yang dianggotai oleh 6 orang Penolong Pegawai Farmasi dan seorang Pembantu Operasi ini bertanggungjawab bagi memastikan semua pesakit mendapat ubat yang telah dipreskripsi oleh Pegawai Perubatan dengan tepat, selamat dan ubat yang dibekalkan belum mencapai tarikh luput.

Unit ini juga menyediakan perkhidmatan pinjaman peti pertolongan cemas untuk aktiviti pelajar serta pembekalan item bagi keperluan makmal kimia dan lokasi yang berisiko tinggi. Selain dari itu, unit ini juga perlu menyediakan bekalan ubatan malaria untuk staf dan pelajar bagi aktiviti hutan sekiranya lokasi tersebut berisiko tinggi (bergantung kepada saranan Pejabat Kesihatan Daerah terbabit.

Kemaskini:: 27/05/2019 [nur_hazalina]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566147537