PEMERIKSAAN KESIHATAN | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» PERKHIDMATAN » PEMERIKSAAN KESIHATAN

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Unit Perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan merupakan unit selia-urus bagi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan, yang merangkumi pemeriksaan kesihatan elektif yang disediakan bagi kemudahan para pelajar semasa dan pelajar baru, staf UPM serta orang awam yang ingin menjalani pemeriksaan kesihatan.

 

Unit ini melaksana dan mengawas proses-proses yang terlibat sepanjang sesebuah pemeriksaan dijalankan. Kesemua borang akan disaring dan pemeriksaan-pemeriksaan yang diperlukan akan dijalankan. Para pegawai perubatan dan pegawai pergigian di Pusat Kesihatan Universiti UPM akan memastikan pemeriksaan kesihatan anda diberikan perhatian terbaik.

Pusat Kesihatan Universiti menerima SEMUA jenis pemeriksaan kesihatan daripada semua peringkat umur & agensi KECUALI pemeriksaan kesihatan seperti yang dinyatakan dibawah:-

  • Insurans
  • Permohonan/Pembaharuan lesen
  • Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan Agensi Luar

* Segala pembayaran perlu dibuat secara tunai dan pihak PKU tidak menyediakan perkhidmatan kad kredit atau kad atm. 

 

Kemaskini:: 15/09/2018 [nur_wahida]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566151856