

9 Disember 2025, Serdang – Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menerima Tempat Kedua Gabungan Pusat Kesihatan Universiti dan Bahagian Kemasukan & Urus Tadbir Akademik, UPM bagi Anugerah Prompt-a-thon (Perkongsian Seni Prompt yang Efektif) menggunakan Microsoft Copilot AI sempena Sambutan Bulan Digital UPM 2025 anjuran Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC).
Majlis penyampaian anugerah telah berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Program tersebut telah diadakan pada 19 November 2025 dan disertai oleh staf UPM dari pelbagai bidang dan jawatan.
Gabungan tersebut terdiri daripada enam orang ahli iaitu melibatkan tiga orang wakil PKU UPM dan tiga orang wakil daripada Bahagian Kemasukan & Bahagian Urus Tadbir Akademik (AKD), UPM. Staf yang terlibat ialah Dr. Arma Noor, Puan Noor Baizura binti Mohd Safifee, Cik Nur Syamimi binti Othman dan Cik Nur Afifah binti Kamaruddin. Penyertaan dalam program ini telah memberikan pendedahan serta pengalaman baharu kepada staf PKU dalam memperkukuh pembudayaan digital, selaras dengan usaha universiti untuk meningkatkan kecekapan pengurusan operasi serta memperluas penggunaan teknologi digital di peringkat Universiti.
Ikuti berita dan hebahan terkini PKU UPM dengan melayari:
Laman web : https://pku.upm.edu.my/
Facebook : https://www.facebook.com/PKUUPM
Instagram : www.instagram.com/pku.upm
Tiktok : www.tiktok.com/@pkuupm
Telegram: https://t.me/lamanwebpku
Date of Input: 17/12/2025 | Updated: 22/12/2025 | nurafifah

Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.