SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT PKU UPM 2025 GALAK KESEDARAN PENJAGAAN MINDA SIHAT | UNIVERSITY HEALTH CENTRE pku
» NEWS » SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT PKU UPM 2025 GALAK KESEDARAN PENJAGAAN MINDA SIHAT

SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA PERINGKAT PKU UPM 2025 GALAK KESEDARAN PENJAGAAN MINDA SIHAT

Serdang, 15 Oktober 2025 – Majlis sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM telah diadakan dengan penuh meriah di Ruang Legar, Aras 2, Blok B, PKU UPM, bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Kesihatan Awam dengan kerjasama Jawatankuasa Minda Sihat PKU, dan telah dirasmikan oleh Ketua PKU UPM, Dr. Arma Noor.

Penganjuran sambutan ini bertujuan untuk memperkenalkan Jawatankuasa Minda Sihat PKU serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental. Ia juga menjadi platform untuk menggalakkan warga universiti mengambil langkah proaktif dalam memelihara kesejahteraan emosi dan mental di tempat kerja.

Sepanjang bulan Oktober, pelbagai aktiviti menarik turut dilaksanakan bersempena sambutan ini, antaranya aktiviti dart, punching bag, music boxing, walking pad, reflex ball, sesi konsultasi individu dan program Fit By Beat. Kesemua aktiviti ini direka bagi memberi ruang kepada warga kerja melepaskan tekanan, meningkatkan tumpuan serta menggalakkan gaya hidup sihat melalui pendekatan fizikal dan interaktif.

Warga UPM yang hadir ke PKU juga berpeluang melawat sudut pameran Hari Kesihatan Mental yang menampilkan pelbagai maklumat berguna berkaitan kesihatan mental serta mencuba aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Program ini diharap dapat memperkukuh kesedaran warga universiti terhadap pentingnya penjagaan kesihatan mental, di samping memupuk budaya kerja yang positif, sihat dan sejahtera dalam komuniti UPM.

Date of Input: 18/12/2025 | Updated: 18/12/2025 | nursyamimi

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
W, (12:15:06pm-12:20:06pm, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]