
Serdang, 11 Jun 2025 – Program Promosi Kesihatan sempena Wellness Open Day telah berlangsung dengan jayanya di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM). Program yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini mensasarkan penyertaan daripada pelajar, staf, dan pensyarah fakulti berkenaan.
Bahagian Kesihatan Pergigian turut mengambil bahagian dengan membuka reruai khas bagi mempromosikan kesedaran kesihatan pergigian dalam kalangan warga universiti. Selain pemeriksaan pergigian percuma, pengunjung turut berpeluang menjalani saringan kesihatan yang disediakan oleh kaunter saringan Kesihatan PKU.
Sepanjang program berlangsung, seramai 45 orang pengunjung terdiri daripada pelajar dan staf UPM telah mendapatkan pemeriksaan serta konsultasi kesihatan pergigian. Bagi pengunjung yang memerlukan rawatan lanjut, kemudahan QR code turut disediakan untuk membuat temujanji rawatan susulan di Bahagian Kesihatan Pergigian, PKU, UPM.
Seramai 12 orang staf Bahagian Kesihatan Pergigian telah ditugaskan secara bergilir dalam dua sesi – enam orang bagi sesi pagi dan enam lagi untuk sesi petang – bagi memastikan kelancaran program.

Pihak Bahagian Kesihatan Pergigian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan dan peluang menyertai program ini. Mereka turut menyatakan harapan agar inisiatif sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan akses kesihatan menyeluruh kepada seluruh warga UPM.
Date of Input: 09/07/2025 | Updated: 09/07/2025 | izzatussofia

Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan.