Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Minggu Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 2025 Dapat Sambutan Menggalakkan | UNIVERSITY HEALTH CENTRE 127
» NEWS » Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 Dapat Sambutan Menggalakkan

Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2025 Dapat Sambutan Menggalakkan

Serdang, 28 Mei 2025 – Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Pulasan, Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia (UPM), bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Program anjuran bersama beberapa agensi kesihatan ini menyasarkan warga kampus UPM sebagai pengunjung utama dan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta keselamatan di tempat kerja.

Antara agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini termasuklah Bahagian Kesihatan Pergigian, Pusat Kesihatan UPM (PKU), Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pusat Darah Negara, Polis Diraja Malaysia, Auxiliary Police and Security Center, Darussyifa’ dan Optometry.

Bahagian Kesihatan Pergigian turut mengambil bahagian dengan menyediakan pemeriksaan pergigian percuma kepada para pengunjung. Sepanjang program, seramai 162 orang telah mendapatkan pemeriksaan dan konsultasi pergigian, kebanyakannya terdiri daripada pelajar UPM. Bagi mereka yang memerlukan rawatan susulan, sistem temujanji telah disediakan melalui imbasan kod QR yang diberikan semasa pemeriksaan.

Selain pemeriksaan pergigian, PKU turut menyediakan pelbagai perkhidmatan lain seperti kaunter saringan kesihatan, kaunter mQuit bagi membantu usaha berhenti merokok serta kaunter fisioterapi. Kaunter derma darah yang dikendalikan oleh Pusat Darah Negara menjadi antara tarikan utama dalam program ini, menarik penyertaan ramai warga kampus.

Penganjur menyatakan penghargaan atas sambutan menggalakkan yang diterima dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan ketercapaian perkhidmatan kesihatan, khususnya dalam kalangan warga UPM.

Date of Input: 02/07/2025 | Updated: 02/07/2025 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (04:50:00am-04:55:00am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]