PKU UPM Anjurkan Bengkel Jati Diri Dan Pemantapan Organisasi 2025 Di Port Dickson | UNIVERSITY HEALTH CENTRE pku
» NEWS » PKU UPM Anjurkan Bengkel Jati Diri dan Pemantapan Organisasi 2025 di Port Dickson

PKU UPM Anjurkan Bengkel Jati Diri dan Pemantapan Organisasi 2025 di Port Dickson



disediakan oleh : Unit Latihan PKU
gambar oleh: Idris & Rafi

Port Dickson, 21 Februari 2025 - Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU UPM) telah mengadakan Bengkel Jati Diri dan Pemantapan Organisasi PKU 2025 yang berlangsung selama tiga hari dua malam di Klana Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kursus ini dihadiri oleh 121 orang staf PKU UPM dan dirasmikan oleh YBrs. En. Muhazam Mansor, Pendaftar UPM.

Objektif bengkel ini adalah untuk mewujudkan interaksi positif dalam kalangan stafdi samping membentuk semangat kerja secara kolaborasi. Bengkel ini juga bertujuan untuk meningkatkan motivasi dalam kalangan staf melalui pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan, serta mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan penampilan korporat peserta dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Selain itu, bengkel ini dapat membangunkan nilai integriti, etika dan sikap yang positif dalam diri masing-masing.

Justifikasi bengkel adalah untuk memberi motivasi dan keyakinan kepada semua staf PKU agar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berdedikasi serta penuh siap siaga dalam merealisasikan Pelan Strategik PKU dan Kerangka True North UPM.

Bengkel dipenuhi dengan pelbagai pengisian, antaranya Slot “True North UPM dan Pelan Strategik PKU” yang disampaikan oleh Ketua PKU, Dr. Arma Noor, dan slot ceramah keagamaan. Sesi “Fit By Beat” pada hari kedua dan aktiviti berkumpulan antara program yang dijalankan bagi menggalakkan kerjasama dan meningkatkan komunikasi antara staf.

Secara keseluruhan, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua staf PKU UPM yang terlibat. Bengkel berakhir jam 12 tengahari dan semua staf selamat pulang ke lokasi masing-masing.

 

Date of Input: 11/03/2025 | Updated: 11/03/2025 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
W, (12:55:30pm-01:00:30pm, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]