LINDUNGAN PERUBATAN PKU UPM DI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE 48 | UNIVERSITY HEALTH CENTRE 127
» NEWS » LINDUNGAN PERUBATAN PKU UPM DI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE 48

LINDUNGAN PERUBATAN PKU UPM DI MAJLIS KONVOKESYEN UPM KE 48

                   

                            

                                             

 

UPM, Serdang - Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia ke-48 Sidang 2 yang berlangsung pada 30 November - 6 Disember 2024 bertempat di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM telah melabuhkan tirainya.

Majlis ini menyaksikan seramai 608 graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah, 1,509 graduan menerima Ijazah Sarjana, 3,934 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 5 graduan Diploma.

Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM turut menjadi sebahagian daripada jawatankuasa yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan lindungan perubatan (standby) sepanjang majlis berlangsung.

Petugas PKU yang melibatkan 6 orang Pegawai Perubatan, 15 orang Paramedik, 8 orang Pembantu Perawatan Kesihatan dan 5 orang Pemandu telah memberikan khidmat serta rawatan perubatan kepada para graduan dan ibu bapa yang memerlukan.

PKU ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan kelas 2024 dan tokoh akademik yang menerima penganugerahan pada tahun ini.

Semoga terus berilmu berbakti dan mengharumkan nama UPM di persada antarabangsa.

Date of Input: 09/12/2024 | Updated: 09/12/2024 | nur_hazalina

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
X, (04:24:27am-04:29:27am, 12 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]