LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENGURUSAN DAN PELAPORAN INSIDEN KE HSAAS, UPM | UNIVERSITY HEALTH CENTRE pku
» NEWS » LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENGURUSAN DAN PELAPORAN INSIDEN KE HSAAS, UPM

LAWATAN PENANDA ARAS SISTEM PENGURUSAN DAN PELAPORAN INSIDEN KE HSAAS, UPM



   

 

 

SERDANG, 17 Februari 2025 – Pusat Kesihatan Universiti UPM (PKU UPM) telah mengadakan satu lawatan penanda aras berkaitan sistem pengurusan dan pelaporan insiden di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) yang disertai oleh Ketua PKU Dr Arma Noor, Dr Suhyna Mohamad Sulaiman selaku Ketua Bahagian Pesakit Luar bersama-sama seorang Pegawai Sains, 2 orang Jururawat, seorang Pembantu Pembedahan Pergigian dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan. 

Objektif lawatan adalah bertujuan bagi melihat dan mendapatkan idea bagi urusan penambaikan sistem pengurusan dan pelaporan insiden di PKU UPM. Diharapkan juga lawatan ini menjadi platform perkongsian idea dalam memastikan fungsian sedia ada sebagai fasiliti kesihatan di universiti dapat diteruskan dengan jayanya.

Lawatan dan taklimat yang diketuai oleh Pegawai Jururawat Puan Azliza binti Rahim dan pasukannya diadakan di Bilik Mesyuarat Patologi, Tingkat 2, HSAAS bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang. 

 

 

Date of Input: 19/02/2025 | Updated: 25/02/2025 | nur_hazalina

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
W, (12:49:35pm-12:54:35pm, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]