Audit Kendiri EKSA Pusat Kesihatan Universiti: Zon Mawar Ungguli Penilaian | UNIVERSITY HEALTH CENTRE pku
» NEWS » Audit Kendiri EKSA Pusat Kesihatan Universiti: Zon Mawar Ungguli Penilaian

Audit Kendiri EKSA Pusat Kesihatan Universiti: Zon Mawar Ungguli Penilaian

Audit Kendiri EKSA Pusat Kesihatan Universiti: Zon Mawar Ungguli Penilaian

 

 

Serdang,9 Mei – Jawatankuasa Audit EKSA PKU UPM telah berjaya menganjurkan Audit Kendiri EKSA yang meliputi Blok A dan Blok B, melibatkan dua zon utama iaitu Zon Mawar dan Zon Orkid. Audit ini dikendalikan oleh pasukan juruaudit dalaman seramai lapan orang yang diketuai oleh Matron Nurhazalina Mohamad.

Hasil audit menunjukkan persaingan sihat antara zon, di mana Zon Mawar dinobatkan sebagai Zon Terbaik dengan markah 93.8%, manakala Zon Orkid memperoleh 91.4%. Audit ini bertujuan menilai pematuhan terhadap elemen EKSA dan mencungkil ruang penambahbaikan dalam persekitaran kerja yang lebih kondusif dan sistematik.

Sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan warga kerja dalam menerapkan budaya EKSA, lima Anugerah Khas turut disampaikan:

Anugerah Ruang Solat/Surau Terbaik

Anugerah Bilik Konsultasi Perubatan Terbaik

Anugerah Auditee Terbaik

Anugerah Seksyen/Unit Terbaik

Anugerah Tangan Hijau Terbaik

Dengan sokongan padu daripada penaung EKSA PKU UPM, Dr Arma Noor, serta komitmen dan usaha gigih semua staf, aktiviti gotong-royong dan penambahbaikan berterusan akan diteruskan bagi memastikan pelaksanaan EKSA di PKU UPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Sekian.

Date of Input: 28/05/2025 | Updated: 28/05/2025 | izzatussofia

MEDIA SHARING

UNIVERSITY HEALTH CENTRE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 5020
.
W, (12:00:51pm-12:05:51pm, 19 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]