Kata-kata Aluan Ketua Pusat Kesihatan Universiti | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» MENGENAI KAMI » PERUTUSAN KETUA » Kata-kata Aluan Ketua Pusat Kesihatan Universiti

Kata-kata Aluan Ketua Pusat Kesihatan Universiti




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan semesta alam,
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat  Ilahi kerana dengan izinNya Laman Web Pusat Kesihatan Universiti (PKU) berjaya diilhamkan dan dipertingkatkan pengisiannya dari semasa ke semasa.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada Dr Yahaya Abu Ahmad, mantan Ketua Pusat Kesihatan Universiti  atas kepemimpinan beliau yang telah meletakkan PKU sebagai pusat tanggungjawab yang cemerlang.

Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini, internet merupakan instrumen yang amat penting bagi menyampaikan maklumat secara pantas. Melalui laman web ini, PKU berharap dapat memberi informasi kesihatan yang terkini kepada warga UPM. Semuga dengan informasi kesihatan yang mudah diakses ini dapat memberi motivasi kepada kita untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa.

InsyaAllah segala maklumat yang dikongsi dalam laman web ini diharap dapat meningkatkan jaringan hubungan di antara pihak PKU dengan warga UPM.
Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi melayari Laman Web PKU.

Sekian, Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“BERILMU BERBAKTI”

DR FAUZIAH ADNAN
Ketua Pusat Kesihatan Universiti
Universiti Putra Malaysia

 

 

Kemaskini:: 02/08/2018 [izzatussofia]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566151264