ENTITI KAMI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ENTITI KAMI » Farmasi

Farmasi

Perkhidmatan Farmasi merupakan salah satu perkhidmatan sokongan yang terdapat di Pusat Kesihatan Universiti, UPM. Ia terdiri daripada 3 bahagian perkhidmatan, iaitu perkhidmatan pembekalan ubat-ubatan untuk peti Pertolongan Cemas (First Aid), perkhidmatan dispensari ubat kepada pesakit akut dan kronik, dan khidmat kaunseling dan rundingan tentang ubat-ubatan.

Perkhidmatan kaunseling dan rundingan ubat-ubatan disediakan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pesakit terhadap ubat-ubatan yang diambil dan alat bantuan perubatan yang digunakan.

Perkhidmatan ini dijalankan kepada pesakit luar sama ada secara individu atau berkumpulan. Di antara kriteria pesakit yang dirunding ialah :

  • Pesakit-pesakit kronik seperti Jantung, Asthma, Diabetis Mellitus
  • Pesakit yang menggunakan alat bantuan perubatan seperti inhaler, interferon pen, insulin pen dan ’nasal spray’
  • Terapi warfarin selepas discaj
  • Pesakit geriatrik yang mempunyai masalah pemahaman ubat
  • Terapi ubatan endokrin selepas discaj seperti ubatan tiroid 

 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai ubatan anda, sila hubungi Perkhidmatan Farmasi PKU di talian 03-9769 8864 pada waktu pejabat.

 


DR LATINAH MOHAMAD
Ketua Perkhidmatan Farmasi
Pegawai Perubatan

03 9769 7341
latinah@upm.edu.my

 


PN ZANITA AINI ZAINAL ARIPIN
Ketua Unit Pemantauan Ubat dan Pesakit Kronik


03 9769 8481
 zanitaaini@upm.edu.my

 

 


PUAN NOR AZILA ISMAIL
Ketua Unit Dispensari
Penolong Pegawai Farmasi

03 9769 8481
norazilamail@upm.edu.my

Kemaskini:: 27/03/2024 [izzatussofia]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdWA5~