ENTITI KAMI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» ENTITI KAMI » BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN

 

 

Dr. Ahmad Kamarul Juperi,BDS(USU)
M. Comm Health Sc. (Hosp. Management & Health Economics )(UKM)

Pegawai Pergigian 

Ketua, Bahagian Kesihatan Pergigian


T - 03 9769 7366
 aj_kamarul@upm.edu.my

 

 

Perkhidmatan Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti ditubuhkan untuk memberi rawatan pergigian kepada pelajar, staf, tanggungan dan orang awam. Perkhidmatan ini mengamalkan sistem temujanji kecuali kes-kes kecemasan. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Pegawai Pergigian yang berdaftar dan berpengalaman dengan sokongan staf pelaksana seperti Juruterapi Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Pembantu Perawatan Kesihatan.


Di antara rawatan pergigian yang ditawarkan adalah:-

  • Pemeriksaan Gigi
  • Rawatan Scaling
  • Rawatan Pencabutan Gigi
  • Rawatan Tampalan Gigi
  • Rawatan Salur Akar (RCT)(Gigi Hadapan)
  • Rawatan Pencabutan Gigi Geraham Bongsu
  • Perkhidmatan Pengimejan Pergigian (bagi kes tertentu)

 


SISTEM PENDAFTARAN BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UPM

Perkhidmatan Pergigian di Pusat Kesihatan Universiti mengamalkan sistem temujanji kecuali kes-kes kecemasan. Semasa proses pendaftaran, pelanggan dikehendaki mengemukakan dokumen pengenalan seperti kad matrik (pelajar UPM) kad staf (staf UPM) atau kad pengenalan/ My kad/ sijil kelahiran/ passport (pelanggan awam)

Pelanggan diminta memberikan kerjasama dengan hadir tepat pada tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran pemberian rawatan pergigian kepada pesakit. Sekiranya tidak dapat hadir temujanji, sila hubungi Kaunter Pendaftaran Perkhidmatan Pergigian selewat-lewatnya satu hari sebelum tarikh temujanji.

Temujanji boleh dilakukan melalui telefon. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan atau menghadapi sebarang masalah sila hubungi Kaunter Pendaftaran kami di 03-9769 7336 ATAU melalui imbasan kod QR whatsapp seperti yang tertera di bawah



Kemaskini:: 18/10/2023 [izzatussofia]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdHAy~