Skim Perkhidmatan Kesihatan | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» Skim Perkhidmatan Kesihatan

Skim Perkhidmatan Kesihatan

SKIM PERKHIDMATAN KESIHATAN

SIAPAKAH YANG LAYAK?

Pelajar-pelajar yang berdaftar dengan UPM dan telah menjelaskan yuran perubatan seperti kadar berikut :-

Pelajar Pra Siswazah Tempatan                                RM  20.00 / semester

Pelajar Pra Siswazah Luar Negara                            RM 100.00 / semester

Pelajar Pasca SiswazahTempatan/Luar Negara          RM 100.00 / semester

 

SIAPAKAH YANG TIDAK LAYAK?

  • Pelajar yang tidak membayar yuran perubatan
  • Pelajar yang digantung pengajiannya
  • Pelajar yang gagal dan diberhentikan
  • Pelajar yang menangguhkan pengajian & tidak menjelaskan yuran perubatan
  • Pelajar yang telah bergraduat

TEMPOH KELAYAKAN

Pelajar boleh mendapatkan perkhidmatan kesihatan dari tarikh  mereka mendaftar hingga tamat pengajian (iaitu apabila senat mengesahkan keputusan peperiksaan)

RAWATAN PAKAR

Pelajar boleh mendapat rawatan pakar di hospital-hospital kerajaan atau Hospital Universiti dengan syarat  ianya dirujuk dan diperakui oleh Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti, UPM

RAWATAN YANG DITANGGUNG OLEH UPM

  • Pemeriksaan, ujikaji dan rawatan yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan PKU, UPM
  • Pemeriksaan, ujikaji dan rawatan di hospital kerajaan atau hospital university
  • Perundingan kepakaran di hospital kerajaan atau hospital universiti atas rujukan dan perakuan oleh Pegawai Perubatan PKU

KEMASUKAN WAD

  • Kelas kedua hospital-hospital kerajaan Malaysia
  • Hospital-hospital universiti di Malaysia

 

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG

  • Perkhidmatan Rawatan Pergigian.
  • Bekalan alat-alat perubatan, pembedahan dan pergigian seperti cermin mata, alat pendengaran, anggota palsu, tongkat, gigi palsu dan 
  • Perkhidmatan ibu mengandung dan bersalin, keguguran serta komplikasi yang berkaitan dengannya.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Pemeriksaan Perubatan (Medical Check Up)
  • Rawatan menurut pilihan pelajar seperti di hospital / klinik swasta atau masuk ke wad yang lebih tinggi dari kelas 2 di hospital kerajaan.
  • Rawatan di Institut Jantung Negara
  • Rawatan Dialisis, Hepatitis B atau C, HIV(Aids), Leukemia, dan Kanser.
  • Rawatan penyakit yang sedia ada.
  • Permintaan ujikaji makmal @xray yang tidak di arahkan oleh Pegawai Perubatan PKU.
  • Rawatam kosmetik/pembedahan seumpamanya dan rawatan orthodontik.  

 

 

 

 

Kemaskini:: 02/10/2018 [izzatussofia]

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397698867/7342
0397698878
B1566147765