Sistem Temujanji Perkhidmatan Pergigian | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Sistem Temujanji Perkhidmatan Pergigian

Sistem Temujanji Perkhidmatan Pergigian

 

 

SISTEM TEMUJANJI
PERKHIDMATAN PERGIGIAN
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI UPM

Perkhidmatan Pergigian, PKU mengamalkan sistem temujanji mengikut tarikh dan masa yang ditentukan. Sistem ini dapat menyusun giliran pelanggan menemui Pegawai Pergigian dengan lebih sistematik dan teratur. Pelanggan dikehendaki mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang telah ditetapkan untuk keselesaan dan manfaat bersama.

KELEBIHAN SISTEM TEMUJANJI

i) Pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan apabila datang pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.

ii) Keadaan klinik akan menjadi lebih selesa kerana tidak sesak disebabkan ramai pelanggan dalam sesuatu masa.

iii) Pelanggan dapat mengatur jadual kuliah dan masa bertugas disesuaikan dengan waktu temujanji yang diberikan.

iv) Mengelakkan pelanggan datang berulangkali disebabkan oleh ketiadaan Pegawai Pergigian yang bertugas.

v) Rawatan pergigian yang lebih berkualiti dapat diberikan dengan lebih tumpuan kepada pelanggan.

vi) Pelanggan boleh meminda tarikh dan masa temujanji melalui telefon sekiranya tidak dapat hadir atau terlewat untuk temujanji.

Walau bagaimanapun,untuk kes-kes kecemasan, warga emas(≥ 60 tahun), kanak-kanak (di bawah 17 tahun) dan warga berlainan upaya adalah dikecualikan daripada sistem ini dan diterima sebagai pesakit 'walk-in'.

Sekiranya Tuan/Puan menghadapi sebarang masalah sila hubungi staf pergigian yang bertugas untuk mendapatkan sebarang bantuan.

Terima kasih.

PERKHIDMATAN PERGIGIAN, PKU


 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 02/08/2018 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697350
0397698878
C1601211113