SESI PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PERKHIDMATAN DAN SEKSYEN DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » SESI PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PERKHIDMATAN DAN SEKSYEN DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

SESI PERJUMPAAN BERSAMA KETUA PERKHIDMATAN DAN SEKSYEN DI PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI

8 Feb 22, UPM Serdang - Satu sesi Perjumpaan bersama semua Ketua Perkhidmatan / Seksyen telah dijalankan di Bilik Seminar, Pusat Kesihatan Universiti, UPM. Sesi perjumpaan ini melibatkan YBrs. Dr. Fauziah Adnan (Ketua Pusat Kesihatan Universiti,UPM), 7 Ketua Perkhidmatan dan 2 orang Ketua Seksyen.

 

     Sesi taklimat ini dijalankan adalah untuk membentangkan Pencapaian Keseluruhan PKU bagi tahun 2021, Cadangan Penyelarasan Keseluruhan Struktur Organisasi berdasarkan Draf Statut UPM (Takrif dan Makna) 2021 dan Cadangan Pelan Strategik 2021-2025 bagi setiap perkhidmatan dan seksyen.Sesi ini dimulakan pada jam 2.30 dan berakhir jam 4.30 petang.

     Dalam sesi perjumpaan ini juga, YBrs. Dr. Fauziah juga telah menyerahkan cenderahati sebagai tanda penghargaan dan sijil dari pihak CUEPACS kepada semua staf PKU.

Semoga PKU akan terus maju jaya dimasa hadapan serta memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk semua pelanggan.

Sekian, terima kasih.

Tarikh Input: 09/02/2022 | Kemaskini: 09/02/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdIA7~