PROGRAM PENYERAHAN PAKAIAN TERPAKAI DAN MAKANAN KERING KEPADA PENDUDUK KAMPUNG POH, BIDOR PERAK. | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM PENYERAHAN PAKAIAN TERPAKAI DAN MAKANAN KERING KEPADA PENDUDUK KAMPUNG POH, BIDOR PERAK.

PROGRAM PENYERAHAN PAKAIAN TERPAKAI DAN MAKANAN KERING KEPADA PENDUDUK KAMPUNG POH, BIDOR PERAK.

     Pada 12 Disember 2021 (Ahad) telah diadakan Program Penyerahan Pakaian Terpakai dan Makanan Kering kepada wakil penduduk Kampung Poh di Bidor Perak. Sesi penyerahan ini melibatkan 11 wakil Kelab Sukan dan Kebajikan, Pusat Kesihatan Universiti.

 

     Ahli yang terlibat bergerak pada jam 09.00 pagi dengan menaiki 2 buah van PKU. Program ini diketuai oleh Biro Kebajikan dan Kerohanian KSKPKU iaitu PPP Mohd Saifullah Mohd Nazri dan SN Nazimah Maulad Mohamed Shariff. Turut membantu, En Mohd Sofian Abdul Manan dari segi logistik.

Semoga dengan adanya program seperti ini dapat meringankan beban bagi penduduk kampung yang memerlukan serta menyuntik semangat buat penerima bagi menjalani kehidupan yang lebih baik. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meningkatkan lagi kesyukuran dan semoga kita dilimpahkan dengan rezeki kurnia dari Allah SWT.

Tarikh Input: 27/12/2021 | Kemaskini: 27/12/2021 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDcUAR~