PROGRAM LAWATAN KERJA PENANDA ARAS (BENCHMARK) PENGENDALIAN UJIAN MAKMAL BAGI PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM) | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » PROGRAM LAWATAN KERJA PENANDA ARAS (BENCHMARK) PENGENDALIAN UJIAN MAKMAL BAGI PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)

PROGRAM LAWATAN KERJA PENANDA ARAS (BENCHMARK) PENGENDALIAN UJIAN MAKMAL BAGI PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR ANTARABANGSA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIAM)

Pada 10hb Julai 2019, Kumpulan Ex-iLab (Projek Kumpulan Lean) Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM telah mengadakan Lawatan Kerja Penanda Aras (Benchmark) ke Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Lawatan ini dihadiri oleh 8 orang ahli Kumpulan Ex-iLab bersama seorang fasilitator iaitu Dr. Suhyna binti Mohamad Sulaiman.

Lawatan kami disambut mesra oleh YBhg Dr Dinon Bin Mohd iaitu Ketua Pegawai Perubatan dan seluruh warga Pusat Kesihatan UIAM.

Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat serta berkongsi pengalaman dari segi tenaga kerja, masa , sumber dan penjanaan kewangan berkenaan pengendalian ujian makmal bagi pemeriksaan kesihatan pelajar antarabangsa.

Melalui lawatan ini kumpulan kami memperolehi pelbagai maklumat bagi menambahbaik proses kerja pemeriksaan kesihatan pelajar antarabangsa.

Lawatan ini telah mencapai objektif dan  berakhir pada jam 4.00 petang.

 

Tarikh Input: 29/07/2019 | Kemaskini: 04/02/2020 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXETIA0~