Obesiti merupakan satu masalah global dan telah dikenal pasti sebagai faktor risiko penyakit-penyakit lain seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Senario di negara kita agak membimbangkan kerana KAJIAN MORBIDITI DAN KESIHATAN KEBANGSAAN PADA TAHUN 2006 MENDAPATI 2 daripada setiap 5 org dewasa (43%) mengalami masalah kegemukan atau obesiti. Perkara yang sama juga terjadi di UPM di mana anggaran kasar daripada 6 PTJ di UPM menunjukkan bahawa 36% staf mengalami obesiti. Oleh itu program i-Decide 2 dijalankan untuk membantu staf menangani masalah obesiti dengan memupuk kesedaran dan amalan gaya hidup sihat melalui pemakanan yang sihat serta amalan senaman yang berkala.
Tarikh Input: |
Kemaskini: | fari_thazin
PERKONGSIAN MEDIA