Penyediaan Pelan Strategik Pusat Kesihatan Universiti UPM 2021-2025 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Penyediaan Pelan Strategik Pusat Kesihatan Universiti UPM 2021-2025

Penyediaan Pelan Strategik Pusat Kesihatan Universiti UPM 2021-2025

2 dan 10 Mac 22, UPM Serdang - Satu sesi perbincangan bagi Penyediaan Pelan Strategik Pusat Kesihatan Universiti UPM 2021-2025 telah dijalankan di Bilik Seminar, PKU, UPM. Sesi perbincangan ini melibatkan 38 orang staf yang terdiri daripada Ketua Perkhidmatan, Timbalan Ketua Perkhidmatan dan staf sokongan.

Sesi perbincangan ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Staf dipecahkan kepada 5 kumpulan mengikut matlamat yang telah ditetapkan. Setiap kumpulan diminta untuk menyediakan objektif strategi dan pelan tindakan berdasarkan matlamat yang diberi.

Pada penghujung sesi ini, setiap kumpulan diberi masa selama 15 minit untuk membentangkan hasil perbincangan.

Semoga dengan adanya sesi perbincangan ini, PKU dapat menyediakan Pelan Strategik yang bermutu dan seiring dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti Putra Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Tarikh Input: 14/03/2022 | Kemaskini: 14/03/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUEAr~