Peningkatan Kes Penyakit Anjing Gila Di Malaysia | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Peningkatan Kes Penyakit Anjing Gila di Malaysia

Peningkatan Kes Penyakit Anjing Gila di Malaysia

                                 

 

 

Rabies adalah jangkitan virus akut. Rabies terdapat dalam haiwan di kebanyakan negara di seluruh dunia. Kebanyakan kes jangkitan manusia berlaku di negara-negara membangun.

Agen penyebab: Virus rabies, sejenis rabdovirus dari genus Lyssavirus

Cara jangkitan:  Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 8 minggu, seawal-awalnya 9 hari atau selewat-lewatnya 7 tahun.

Di kawasan yang biasa terdapat jangkitan rabies (kawasan endemik), pelawat berisiko mendapat jangkitan jika berhubung kait dengan haiwan liar atau haiwan peliharaan termasuk anjing dan kucing.

Tanda dan Gejala

Rabies adalah sejenis penyakit akut yang menyebabkan radang (inflamasi) pada otak dan korda spina (ensefalomielitis)

Tanda-tanda awal termasuk rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.

Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia).  Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. Pada peringkat seterusnya, pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.

Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies  (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.

Komplikasi

Sukar bernafas sehingga menyebabkan kematian.

Rawatan

Rawatan selepas terkena gigitan bertujuan untuk mengelakkan jangkitan rabies. Rawat luka dengan segera, basuh luka dengan sabun dan air atau air sahaja. Selepas itu, sapukan etanol (70%) atau tinktur atau larutan iodin akueus atau iodin povidon.

Rawatan khusus

Antirabies Imunoglobulin (RIG) disapukan pada tempat luka dan tisu di sekitarnya.

Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang  digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.

 

 

 

Tarikh Input: 20/07/2017 | Kemaskini: 30/08/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUEAr~