UPM, 17 April 2026 – Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) di Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM pada 17 April 2026 (Jumaat), bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pelaksanaan audit ini adalah susulan daripada Taklimat Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) yang telah diadakan pada 4 Mac 2026, sebagai usaha berterusan dalam memperkukuh tadbir urus sumber manusia serta memastikan pematuhan terhadap struktur perjawatan universiti.
Audit ini memberi tumpuan kepada semakan dokumen berkaitan perjawatan, struktur organisasi serta fungsi jabatan di PKU. Antara dokumen yang disemak termasuk Carta Fungsi, Carta Organisasi, Deskripsi Tugas (JD) melalui HRPortal, dokumen staf tetap dan kontrak, serta dokumen lain berdasarkan senarai semak yang telah diedarkan.
Dua orang juruaudit telah dilantik bagi menjalankan audit ini, iaitu Encik Mohammad Fakarrudeen bin Zulkifli dari Pejabat Pendaftar UPM dan Encik Mohamad Nazrin bin Osman dari Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) UPM.
PKU UPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kedua-dua juruaudit serta semua staf yang terlibat atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan pelaksanaan audit berjalan dengan lancar.


Tarikh Input: 30/04/2026 | Kemaskini: 30/04/2026 | noorbaizura

Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453