Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pulau Pinang #PUTRABakti Dan PKU | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pulau Pinang #PUTRABakti dan PKU

Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir Pulau Pinang #PUTRABakti dan PKU

9 November 2017 - Banjir di Pulau Pinang baru-baru ini telah menbawa pelbagai kerugian dan kehilangan termasuk nyawa dan harta benda. Menyedari tanggungjawab sosial dan atas dasar keprihatinan terhadap rakan-rakan yang terlibat dalam kejadian tersebut, Pusat Kesihatan Universiti UPM hari ini telah bersama-sama Bahagian Kauseling UPM dalam usaha menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

 

Bantuan berupa bekalan makanan, peralatan rumah dan sejadah telah disampaikan kepada wakil pihak Bahagian Kaunseling Puan Rafidah Sadarudin, sebelum ia dibawa ke lokasi kejadian melalui Program PUTRA Bakti. Kutipan bantuan dari warga PKU telah digunakan bagi tujuan ini dan diharapkan agar bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir di sana.

 

Terima kasih di atas sumbangan rakan-rakan di PKU dan diharapkan sumbangan ini dapat menjadi inspirasi buat warga UPM untuk terus menyumbang bagi mereka yang memerlukan.

 

Laporan oleh: Dr Ahmad Syahid

 

 

   

      

   

 

 

Tarikh Input: 09/11/2017 | Kemaskini: 14/11/2017 | syahid

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXETWA7~