Makluman Kementerian Kesihatan Malaysia Mengenai Virus EBOLA | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Makluman Kementerian Kesihatan Malaysia Mengenai Virus EBOLA

Makluman Kementerian Kesihatan Malaysia Mengenai Virus EBOLA

 

 

KEMASKINI BERKAITAN EBOLA

KEMASKINI 15 OGOS 2014:
Kandungan blog Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai Ebola di http://kpkesihatan.wordpress.com/category/communicable-disease/ebola/

KEMASKINI 4 SEPTEMBER 2014: Kematian akibat virus Ebola meningkat kepada lebih dari 1900 kematian setakat ini. http://news.malaysia.msn.com/top-stories/ebola-death-toll-jumps-to-more-than-1900-who-2



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Warga UPM yang dihormati,

Pusat Kesihatan Universiti sebagai pusat rujukan dan sumber kesihatan warga UPM ingin memaklumkan mengenai penularan wabak virus EBOLA (EVD) di beberapa negara Afrika Barat. Mengambil maklum kenyataan akhbar oleh Menteri Kesihatan Malaysia pada 6 Ogos 2014, sehingga kini di Malaysia, tiada kes EVD yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walaubagaimanapun, menyedari risiko penularan virus ini Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan langkah-langkah pencegahan dan pengawasan dilakukan oleh institusi dan individu. Di antara langkah-langkah pencegahan penting bagi membendung wabak ini adalah:

1)      Mengelak dari individu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan EVD seperti demam tinggi berpanjangan, merah mata, muntah-muntah, sakit perut atau pendarahan dari rongga-rongga.

2)      Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran terutamanya kerap membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih.

3)      Mengelak dari bersalaman dengan individu yang mempunyai tanda-tanda jangkitan seperti di atas.

4)      Mengelak dari terdedah kepada makanan tercemar, pakaian atau cecair badan (najis, muntah, air liur, air kencing dan lain-lain) oleh individu yang disyaki mempunyai gejala jangkitan virus EBOLA.

Pusat Kesihatan Universiti akan terus menyalurkan maklumat dan khidmat nasihat berkaitan wabak ini dan isu-isu berkaitan kesihatan melalui buletin UPM, laman sesawang PKU (http://www.pku.upm.edu.my) dan media sosial (FB Pusat Kesihatan Universiti UPM dan Twitter @pkuupm).

Sila layari pautan http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/337/560 bagi kenyataan akhbar rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai wabak ini dan wabak Demam Denggi, dan pautan http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs103/en/ bagi kenyataan media oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai jangkitan virus EBOLA dan pautan http://www.who.int/csr/disease/ebola/ebola-faq.pdf.


"Berilmu Berbakti”

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI, UPM.


    


 

 

 

Tarikh Input: | Kemaskini: 18/09/2019 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEYIAt~