Majlis Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan Dalam Menangani Penularan Wabak COVID-19 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Majlis Penghargaan kepada Petugas Barisan Hadapan dalam Menangani Penularan Wabak COVID-19

Majlis Penghargaan kepada Petugas Barisan Hadapan dalam Menangani Penularan Wabak COVID-19

14 Jan 22, UPM Serdang - Sebuah Majlis Penghargaan kepada Petugas Barisan Hadapan dalam Menangani Penularan Wabak COVID-19 telah dilaksanakan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

 

Majlis penghargaan ini telah dijalankan di Dewan Taklimat Sedang, Banggunan Canselori Putra, UPM yang melibatkan 23 Pusat Tanggungjawab antaranya Bahagian Keselamatan UPM dan Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

 

5 orang wakil dari Pusat Kesihatan Universiti yang menghadiri majlis tersebut adalah YBrs. Dr. Fauziah Adnan (Ketua Pusat Kesihatan Universiti, UPM), YBrs. Dr. Suhyna Mohamad Sulaiman (Ketua Perkhidmatan Pesakit Luar), Matron Kamariah Md Diah (Penyelia Jururawat), Sr. Zarina Johari (Ketua Jururawat) dan En Mohd Sofian Abdul Manan (Ketua Unit Pemandu).

 

Semoga dengan penghargaan yang diberikan ini dapat meningkatkan lagi semangat,motivasi dan prestasi kerja dalam kalangan barisan hadapan di UPM bagi menangani wabak Covid-19 ini.

 

Sekian, terima kasih.

 

Tarikh Input: 19/01/2022 | Kemaskini: 19/01/2022 | mi_nurainaa

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXDdJA0~