31 Januari 2023, Serdang - Seramai 8 orang staf dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan lawatan ke Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya yang diketuai oleh YBrs. Dr Fauziah Adnan, Ketua Pusat Kesihatan Universiti. Staf yang terlibat bersama adalah dari Bahagian Perubatan Sukan PKU terdiri dari seorang Pegawai Perubatan, seorang Jurupulih Perubatan Carakerja, 3 orang Jurupulih Perubatan Anggota dan disertai oleh Penyelia Jururawat dan Penolong Perawatan Kesihatan.
Lawatan yang bermula dari jam 2 petang sehingga 5 petang ini sebagai penanda aras untuk projek transformasi Bahagian Perubatan Sukan (kelengkapan dan perkhidmatan yang ditawarkan) disamping menambahkan pengetahuan dalam bidang berkaitan serta meningkatkan kemahiran dalam pengendalian pesakit.
Daehan Rehabilitation Hospital Putrajaya, terletak di IOI Resort City, merupakan sebuah hospital rehabilitasi swasta yang mengaplikasikan ‘intensive inpatient rehab’ untuk kes neuro yang terdiri daripada pesakit stroke, kecederaan saraf tunjang, peadiatrik dan kecederaan sukan.
Hospital ini memberikan rawatan daripada peringkat akut hingga kronik, menggunakan kaedah pemulihan bersepadu dan terkini gaya Korea Selatan. Hospital ini berperanan dalam menyediakan penjagaan pemulihan standard yang tinggi untuk membantu pesakit mendapatkan semula kualiti hidup yang lebih baik.
Daehan menawarkan multi disiplin rehabilitasi yang terdiri daripada :
Tarikh Input: 13/02/2023 | Kemaskini: 14/02/2023 | m_nazari
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453