Lawatan Pembelajaran Pelajar Pembangunan Sumber Manusia (DCE5131) Ke Pusat Kesihatan Universiti UPM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Lawatan Pembelajaran Pelajar Pembangunan Sumber Manusia (DCE5131) Ke Pusat Kesihatan Universiti UPM

Lawatan Pembelajaran Pelajar Pembangunan Sumber Manusia (DCE5131) Ke Pusat Kesihatan Universiti UPM

 

Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UPM telah menerima kehadiran seramai Sembilan (9) orang pelajar Sarjana Pembangunan Sumber Manusia (DCE5131) pada 3 April 2019 untuk sesi perkongsian ilmu sempena kursus Peningkatan Kualiti Dalam Pembangunan Sumber Manusia.

Lawatan yang bermula pada sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi mengambil Projek Lean PKU iaitu i-MeX PKU sebagai penanda aras pembudayaan kualiti di dalam organisasi sesebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ). Turut hadir bersama adalah pensyarah mereka iaitu Prof. Madya Dr. Roziah Mohd Rasdi yang juga merupakan Ketua Jabatan Pemajuan Professional dan  Pendidikan Lanjutan di Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) UPM.

Objektif lawatan ini adalah untuk mengkaji dan memahami pelaksanaan program peningkatan kualiti yang diamalkan oleh sesebuah organisasi. PKU menerusi Projek Lean ini telah dipilih sebagai lokasi lawatan memandangkan latar belakang dan reputasi organisasi yang memenuhi keperluan kursus ini.

Alhamdulillah.Terima Kasih atas kunjungan FPP!

Tarikh Input: 14/05/2019 | Kemaskini: 14/05/2019 | nur_wahida

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697333/7342
0397698878
C1571592363