Lawatan Daripada Pelajar Program Bacelor Pentadbiran Peniagaan, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, UPM | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Lawatan Daripada Pelajar Program Bacelor Pentadbiran Peniagaan, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, UPM

Lawatan Daripada Pelajar Program Bacelor Pentadbiran Peniagaan, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan, UPM

 

Pada 7hb Mac 2019 jam 11.00 pagi, Unit Pemeriksaan Kesihatan Pusat Kesihatan Universiti (PKU), UPM telah dikunjungi oleh tiga (3) orang pelajar tahun 1, 2 dan 3 dari Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEM), UPM termasuk seorang pelajar  “exchange” dari China.

Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan adalah untuk mendapatkan pendedahan mengenai sistem maklumat pelajar yang dikendalikan oleh pihak PKU berasaskan kepada sistem i-MeX PKU yang telah mendapat pengiktirafan pingat emas dalam Pengurusan Lean oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) baru-baru ini.

Penerangan diberikan oleh Ketua Kumpulan i-MeX, Dr. Suhyna Mohamad Sulaiman dibantu oleh Sister Salmah. Ini turut disertai dengan sessi soal jawab oleh pelajar dan  telah berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Semoga perkongsian ilmu dari pihak PKU ini dapat membantu pelajar-pelajar menambah ilmu yang berkaitan untuk lebih memahami bidang yang mereka ceburi.

Terima Kasih!

Tarikh Input: 14/05/2019 | Kemaskini: 14/05/2019 | nur_wahida

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXETLA1~