Kursus Pemantapan Jawatankuasa Perubatan & Rawatan Kecemasan SUKUM 2022 | PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
» BERITA » Kursus Pemantapan Jawatankuasa Perubatan & Rawatan Kecemasan SUKUM 2022

Kursus Pemantapan Jawatankuasa Perubatan & Rawatan Kecemasan SUKUM 2022

UPM telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Kejohanan SUKUM kali ke-44 untuk tahun 2022. Dengan ini secara rasminya Pusat Kesihatan Universiti(PKU) bersama-sama Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia (MAKESUM) telah diamanahkan untuk menjadi Jawatankuasa Perubatan & Pertolongan Cemas bagi mengendalikan kes-kes kecederaan atau kecemasan yang berlaku sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Berikutan dengan itu, PKU telah mengambil langkah proaktif dengan mengendalikan beberapa siri Kursus Persediaan dan taklimat kepada doktor, paramedik serta sukarelawan bagi memantapkan pengetahuan/skill yang sedia ada untuk membantu para atlit yang memerlukan rawatan.

Antara kursus yang telah diadakan antaranya 'Introduction to Prehospital Care in Sports', Kursus Persediaan bagi Sukarelawan Perubatan SUKUM, dan 'Automated External Defibrillator (AED) Refresher' yang masing- masing telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. S.M Wazien B. S. Saadun Tarek Wafa dari IIUM Medical Center dan PPP Elya Saffuan dari PKU UPM berlangsung selama 3 hari iaitu 13, 14 dan 16 September.


 

 

 

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 20/09/2022 | izzatussofia

PERKONGSIAN MEDIA

PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697342
.
SXEUCAz~