Berdasarkan laporan dari Jabatan Meteorologi Malaysia: Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 13 November 2017 sehingga Mac 2018. Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dan bersiap sedia dalam menghadapi musim tengkujuh ini serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman web dan sentiasa berwaspada dengan aras-aras amaran di Stesen Aras Air
Banjir adalah medan penularan penyakit berjangkit antaranya seperti penyakit demam kepialu yang berpunca dari bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.
Cara-cara Demam Kepialu Merebak
Tanda-tanda dan Gejala
Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu semasa musim banjir
Sumber dari:
Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.myhealth.gov.my/banjir-dan-risiko-penyakit-berjangkit/
Jabatan Meteorologi Malaysia www.met.gov.my
Stesen Aras Air http://publicinfobanjir.water.gov.my/
Tarikh Input: 23/11/2017 | Kemaskini: 10/06/2020 | izzatussofia
Universiti Putra Malaysia.
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA..453